Pages

Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Monday, February 04, 2013

#31 of January 13

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni telah diadakan Teknik Menjawab Pengajian Am Peringkat Daerah
yang di adakan di SMK Dato' Pengawa Barat, Pontian.
Teknik Menjawab ini disertai oleh beberapa buah sekolah
dalam daerah Pontian, antaranya SMK Sri Perhentian, SMK Benut, SMK Sri Kukup,
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, dan SMK Dato' Pengawa Barat.
Teknik menjawab Pengajian Am ini telah disertai oleh semua pelajar PraUniversiti
sekolah-sekolah yang terlibat.Teknik menjawab ini bermula pada jam 0800 hinga 1400.
Teknik menjawab ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tentang
cara-cara untuk menjawab soalan-soalan pengajian am STPM semester 2 2013
yang dikendalikan sendiri oleh penggubal soalan Pengajian Am STPM 2013.

Di sana, kami telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan-soalan
dalam semua bahagian iaitu teknik membuat graf dan mencari graf yang sesuai,
teknik menjawab soalan struktur, dan teknik menjawab soalan esei.

Selain mendapat ilmu, kami juga berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baru
dari sekolah yang berbeza. Tidak kurang juga, ada yang dapat melepaskan rindu kerana
dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama. Di sana juga, kami berpeluang berkongsi ilmu dan
bertanyakan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) kepada mereka.

Bagi pelajar SMK Sri Perhentian, majoriti pelajar menggunakan kenderaan sendiri
iaitu motorsikal untuk pergi ke SMKDPB dan selebihnya menumpang kenderaan guru-guru
pengiring iaitu guru Pengajian Am SMKSP. Sebelum itu, kami berkumpul seawal
jam 0730 'bus stop' berdekatan sekolah kami.



Selepas berkumpul, kami gerak bersama-sama dalam satu kumpulan.
Kami tiba di sekolah tersebut jam 0755. 

Kami berkumpul di hadapan dewan utama SMKDPB untuk menyemak kehadiran pelajar.
Sepanjang sesi teknik menjawab diadakan, kami berasa seronok kerana adanya gelak tawa 
para pelajar. Penceramah bijak membuat pelajar-pelajar yang sudah mengantuk
berasa segar dengan membuat beberapa jenaka kecil. Selepas itu, kami diberikan edaran
yang terkandung soalan-soalan yang berkaitan dengan peperiksaan.

Di situlah kami berbincang bagaimana menjawab soalan-soalan yang di berikan.
Sedikit sebanyak kami mendapat maklumat-maklumat tersebut
dengan tunjuk ajar daripada penggubal soalan itu sendiri.

Kami bertuah kerana telah diberikan tunjuk ajar daripada beliau.
Ilmu yang di berikan amat bermanfaat bagi para pelajar yang akan menduduki
peperiksaan STPM Penggal 2 nanti. Saya doakan agar rakan-rakan semua 
dapat menjawab soalan dengan baik. Doakan kami supaya dapat menjawab
soalan-soalan STPM dengan cemerlang agar modal insan kelas pertama bagi STPM 2013
dapat dilahirkan. Saya berharap anda semua dapat mendoakan kami agar kami 
lulus dengan cemerlang untuk STPM 2013 ini. 

Pepatah ada mengatakan,
TUNTUTLAH ILMU WALAU SAMPAI KE NEGERI CHINA.
Bukan itu sahaja, ilmu juga penting kepada diri kita kerana
ILMU ITU PELITA HIDUP.

sekian saja daripada saya, Nurfarihah binti Hamidon.
Calon STPM Baharu 2013.

*gambar telah diambil daripada Fb ______